“Yang Penting Ialah Amanah…,” – Terpaksa Tukar Pelakon & Alami Kerugian Hampir RM600,000, Penerbit Syukur ‘Demi’ Ditayangkan Ogos Ini

Ketua Pegawai Eksekutif, Elisa Vision Sdn. Bhd. yang juga penerbit drama ‘Demi’, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain menzahirkan rasa syukur selepas dramanya itu akhirnya bakal ditayangkan di televisyen bulan ini.

Menurut Mahfuzah, penggambaran yang sepatutnya dijalankan di Scotland terpaksa dihentikan susulan pandemik Covid-19, dua tahun lalu.

“Yang Penting Ialah Amanah…,” – Terpaksa Tukar Pelakon & Alami Kerugian Hampir RM600,000, Penerbit Syukur ‘Demi’ Ditayangkan Ogos Ini “Yang Penting Ialah Amanah…,” – Terpaksa Tukar Pelakon & Alami Kerugian Hampir RM600,000, Penerbit Syukur ‘Demi’ Ditayangkan Ogos Ini

“‘Demi’ dihasilkan dengan penuh ranjau dan cabaran. Ini kerana ketika itu, seluruh dunia dilanda wabak Covid-19 yang menyebabkan drama 26 episod ini beberapa kali tertangguh.

“Cuba bayangkan ketika saya bawa team produksi ke Inverness, Scotland pada tahun 2020, penggambaran dijadualkan mengambil masa selama 30 hari. Malangnya, penggambaran tidak dapat dilakukan kerana kami hanya sempat berada di sana selama 10 hari sahaja.

“Dek kerana itu, saya terpaksa keluarkan perbelanjaan tembahan bagi tujuan pembelian tiket lain untuk krew dan pelakon yang terlibat kerana penerbangan asal telah pun dibatalkan,” katanya.

Mahfuzah berkata sedemikian ketika berucap di majlis sidang media pelancaran drama Demi yang berlangsung di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur pada Isnin.

“Yang Penting Ialah Amanah…,” – Terpaksa Tukar Pelakon & Alami Kerugian Hampir RM600,000, Penerbit Syukur ‘Demi’ Ditayangkan Ogos Ini “Yang Penting Ialah Amanah…,” – Terpaksa Tukar Pelakon & Alami Kerugian Hampir RM600,000, Penerbit Syukur ‘Demi’ Ditayangkan Ogos Ini

IKLAN

Bukan setakat itu, Mahfuzah turut memaklumkan pihaknya terpaksa mencari lokasi lain dan menjalani penggambaran semula dek kerana penarikan diri seorang pelakon.

“Akibat pandemik yang melanda itu, penggambaran terpaksa ditangguhkan selama setahun. Malah, pihak kami terpaksa melakukan penggambaran semula untuk beberapa babak akibat penarikan diri seorang pelakon.

“Kami juga terpaksa mencari lokasi sesuai bagi menggambarkan suasana di luar negara dan menjadikan lokasi tempatan iaitu Cameroon Highland dan Bukit Fraser sebagai latar tempatnya.

“Walau bagaimanapun kami pasrah dan reda dengan ketentuan Allah SWT. Kami hasilkan juga kerja ini sehingga selesai sepenuhnya pada Januari 2022 yang memakan masa selama dua tahun,” kongsinya lagi.

Meskipun terpaksa menanggung kerugian hampir RM600,000, Mahfuzah memberitahu, dia tidak mahu menghampakan pihak stesen televisyen, RTM yang telah memberikan sepenuh kepercayaan buat drama Demi.

“Yang Penting Ialah Amanah…,” – Terpaksa Tukar Pelakon & Alami Kerugian Hampir RM600,000, Penerbit Syukur ‘Demi’ Ditayangkan Ogos Ini “Yang Penting Ialah Amanah…,” – Terpaksa Tukar Pelakon & Alami Kerugian Hampir RM600,000, Penerbit Syukur ‘Demi’ Ditayangkan Ogos Ini

“Jika bercakap soal untung rugi, terus terang saya katakan, saya mengalami kerugian hampir RM600,000 diatas karya ini akibat masalah yang melanda dan melakukan penggambaran semula.

“Tapi apa yang lebih penting bagi saya ialah amanah yang harus saya laksanakan dengan mengambil kira budi baik RTM menyediakan slot untuk drama ini.

“Saya lebih menghargai peluang ini terhadap saya dan Elissa Vision Sdn. Bhd. berbanding memikirkan keuntungan semata-mata kerana pihak RTM sanggup menunggu drama ini untuk disiapkan walaupun memakan masa dua tahun lamanya,” ujarnya lagi.

IKLAN

Ketika ditanya mengenai hubungannya bersama pelakon yang menarik diri iaitu Ben Amir, Mahfuzah menjelaskan dia sebolehnya tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi.

“Walaupun ada kes mahkamah, saya selesaikan dengan cara baik. Kita orang Islam. Sebaiknya kita memaafkan sesama kita.

“Mungkin pada ketika itu dia ada ‘tergelincir’ sedikit. Kita pun tak tahu. Tapi secara peribadi, orangnya memang sangat baik. Jadi, kita tidak akan banned dia. Yang dah lepas, biarlah lepas.

“Kami pun dah bermaafan. Sudah tiada isu diantara saya dengan dia,” akhirinya.

“Yang Penting Ialah Amanah…,” – Terpaksa Tukar Pelakon & Alami Kerugian Hampir RM600,000, Penerbit Syukur ‘Demi’ Ditayangkan Ogos Ini

Demi bakal ditayangkan bermula 10 Ogos ini pada setiap Selasa hingga Jumaat jam 9 malam di saluran TV Okey.

Drama ini bakal menampilkan Puteri Aishah, Keith Foo dan Ashraf Muslim selaku peneraju utama.