Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar membabitkan penyampai radio untuk segmen Geng Pagi Hot iaitu Mark Adam dan Fizie yang bakal meninggalkan stesen radio Hot FM, mulai hari ini.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram, Fizie atau nama lengkapnya Mohamad Hafizie Roslan mengakui bukan satu perkara yang mudah untuk mengumumkan berita ini kepada pendengar setelah hampir 9 tahun menjadi keluarga Hot FM.

“Assalamualaikum, apa khabar semua? Berat untuk saya katakan pada hari ini, Isnin, 19 Julai 2021 merupakan satu tarikh yang saya tak akan lupakan sampai bila-bila kerana saya nak umumkan hari ini adalah hari terakhir berkeudara di Hot FM setelah hampir 9 tahun manabur bakti dekat sini,

“Terima kasih kepada semua sudi mendengarkan celoteh saya setiap hari. Kalau ada salah dan silap saya harap dimaafkan. Maklumlah, saya ni manusia biasa banyak benda yang saya silap buat dalam hidup ini. Maafkan saya.

“Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar kepada stesen yang amat saya kasihi dan sayangi iaitu Hot FM,” katanya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by dj_fizie (@fizie_hotfm)

Pada masa yang sama, rakan penyampai Mark Adam turut dilihat ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi sokongan kepada dirinya.

“Selamat Tinggal @hotfm976 terima kasih banyak dengan peluang yang diberikan Kepada semua rakan2 saya di dalam kerjaya ni, terima kasih banyak dengan kerjasama dan ilmu yang di berikan.

IKLAN

“Teruskan mendengar HotFM guys banyak benda baik yang akan datang lepas ni!I wish everyone the best! Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079)

IKLAN

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Mark Adam, Fizie