Pelakon dan usahawan Linda Rafar, berasa kesal terhadap segelintir individu yang mengunakan akaun palsu di media sosial semata-mata untuk menjatuhkan maruah orang lain.

Tegurannya itu secara langsung kepada individu yang menggunakan akaun palsu bagi menempelak apa yang dikongsikannya di laman sosial.

“Assalamualaikum…. To fake acc stop sending me message .. meroyan sana sini… Tak puashati sgt xyah guna fake acc meh la jumpa..

“bukannya xleh check sape belakang fake acc ni.. Tak puashati sangat sampai apa yg linda review semua dia kutuk..

“plss la kita kena hormat la apa je brg n makanan yg kita review and tlg la respect kesian peniaga2 yg nk cari rezeki..

“sanggup guna fake acc kutuk semua pakaian,makanan n product yg linda review

“Wait! Allah tak tido jika betul jujur jom jumpa xyah guna fake acc cuz i know who u are #allahuakbar #allahmahabesar #allah #duniasementaraakhiratselamanya”tulisnya panjang lebar.

Di samping itu, peminat turut memberi kata-kata semangat kepada Linda.

Alahai, tidak baik kita berbuat perkara sedemikian hanya semata-mata untuk menjatuhkan maruah orang lain. Betul tak?

Foto : Instagram Linda Rafar

Apa Kata Anda