Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana telah membuat kejutan kepada suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, baru-baru ini.

Bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin ini menyifatkan si suami sebagai lelaki sempurna pernah hadir dalam hidupnya.

“Words cannot begin to describe how much you mean to me . Saya tahu saya selalu lambat, saya tahu saya bukan lah yang terbaik untuk awak, tapi saya akan cuba lagi dan lagi untuk menjadi seorang yang baik & buat lebih baik lagi dari hari ke hari inshaallah (nanti kita lawan fifa 20 sama2 ye).

“You are the perfect combination of husband and best friend. Tahun ni rasa lain sambut birthday wawa sebab tahun ni tak ada (aku kau) lagi tapi (AWAK SAYA),” tulisnya sambil disertakan kredit.

View this post on Instagram

. Words cannot begin to describe how much you mean to me 😉 . Saya tahu saya selalu lambat , saya tahu saya bukan lah yang terbaik untuk awak , tapi saya akan cuba lagi dan lagi untuk menjadi seorang yang baik & buat lebih baik lagi dari hari ke hari inshaallah ☺️🤗 ( nanti kita lawan fifa 20 sama2 ye ) . You are the perfect combination of husband and best friend 🥺. Tahun ni rasa lain sambut birthday wawa sebab tahun ni tak ada (aku kau) lagi tapi ( AWAK SAYA 🐜) . Thank you pada semua family saya , family mertua , sahabat-sabahat , akak- akak & abang-abang busnies (GIGIH Semua Cari Jersey #yagunnersya arsenal 🤣) khas untuk @nadzmiadhwa Surprise 😋 walaupun arsenal selalu buat kecewa tahun ni 😂 . . Dan tak lupa seluruh kakitangan @hotelsripetalingkl yang terlibat dari boss , manager , Hr , chef semua lah .. TQ banyak sangat bantu service & makanan semua alhamdulillah ❤️ Angsa 🦢dan bunga rose 🌹 cantik ( nasib abang saya kerja situ @hotelsripetalingkl , jadi dapat jumpa semua boss untuk plan ) last minute ⚽️😘🎂🥅. #alhamdulillah

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Malah, kejutan demi kejutan diberikan Ardel kepada Nadzmi apabika turut membuat kejutan dengan sambutan majlis bertemakan jersi pasukan kelab bola sepak pilihan suaminya, Arsenal.

Pada masa sama, Nadzmi turut meluahkan rasa syukurnya kerana dikurniakan seorang isteri yang sentiasa memberikan kegembiraan buat diri.

“Thank you For Everything My Love. Awak sentiasa buat saya happy, awak sentiasa buat yang terbaik untuk saya walaupun awak tak berapa sihat awak tetap buat semua nya untuk saya.

“Semoga Allah sentiasa memberkati awak, berikan kesihatan yang baik pada awak serta murahkan rezeki awak dan semoga awak sentiasa bahagia.

“Semoga rumahtangga yang kita bina kekal hingga Jannah, Amin,” tulisnya yang sudah mendirikan rumah tangga bersama sejak 1 September lalu.

Video : Instagram Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa