“Siapa Lagi Yang Nak Bantu Untuk Hebahkan Kalau Bukan Selebriti,” – Hafiz Hamidun

Komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun yang dilantik sebagai duta bagi program Raikan Ramadan anjuran Yayasan Maghfirah menyambut baik kesudian rakan selebriti yang secara suka rela tampil turun padang untuk terlibat di dalam mana-mana program amal bersempena Ramadan.

Menurut Hafiz, golongan ini perlu tahu menggunakan platform media sosial mereka dalam hal yang baik yang boleh menyumbang sesuatu kepada orang di luar sana.

“Siapa Lagi Yang Nak Bantu Untuk Hebahkan Kalau Bukan Selebriti,” – Hafiz Hamidun “Siapa Lagi Yang Nak Bantu Untuk Hebahkan Kalau Bukan Selebriti,” – Hafiz Hamidun

“Masyarakat pandang selebriti ini sebagai satu daya penarik untuk mempromosi sesebuah majlis dan kita tahu menjelang bulan Ramadan lazimnya banyak program amal.

“Jadi bagi saya, siapa lagi yang nak membantu untuk hebahkan kalau bukan golongan selebriti.

“Sebenarnya, kita menggunakan apa yang ada daripada segi platform di sosial media. Bukanlah nak kata kami datang ke program sebagai seorang selebriti semata-mata.

“Tetapi lebih kepada untuk menyantuni golongan yang menyokong kerjaya kita selama ini,” katanya yang turut berbesar hati apabila rakan artis, Syatilla Melvin turut sama mengikuti sesi agihan yang dilakukan yayasan terbabit di Dataran PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur baru-baru ini.

IKLAN

“Siapa Lagi Yang Nak Bantu Untuk Hebahkan Kalau Bukan Selebriti,” – Hafiz Hamidun “Siapa Lagi Yang Nak Bantu Untuk Hebahkan Kalau Bukan Selebriti,” – Hafiz Hamidun “Siapa Lagi Yang Nak Bantu Untuk Hebahkan Kalau Bukan Selebriti,” – Hafiz Hamidun

Berkongsikan pengalaman, Hafiz yang sebelum ini pernah terlibat di dalam program sama sejak tahun lalu menjelaskan, ada di antara penerima yang benar-benar memerlukan.

“Ada di antara mereka merupakan ibu tunggal yang mempunyai anak ramai tetapi perlu keluar bekerja. Bila pagi keluar bekerja dan petang baru pulang, anak-anak akan makan apa sahaja yang dimasak ibunya ketika bersahur. Sampai macam tu sekali.

“Kita bukan mahu menyalahkan sesiapa, tetapi rupanya masih ada golongan miskin bandar. Saya rasa tidak ramai yang melihat mereka sebagai satu prospek yang perlu kita bantu,” katanya lagi.

“Siapa Lagi Yang Nak Bantu Untuk Hebahkan Kalau Bukan Selebriti,” – Hafiz Hamidun

“Siapa Lagi Yang Nak Bantu Untuk Hebahkan Kalau Bukan Selebriti,” – Hafiz HamidunTerdahulu, Yayasan Maghfirah mengambil inisiatif menyerahkan bantuan berupa agihan pek bekalan makanan kepada golongan memerlukan dan juga berpendapatan rendah di beberapa lokasi di seluruh ibu kota.

Pengurus Besar Yayasan Maghfirah, Aulia Rahman Zulkarnain berkata, projek ini merupakan antara usaha mereka untuk menyantuni masyarakat PPR khususnya golongan asnaf yang tergolong dalam kelompok miskin bandar.

“Miskin bandar merupakan fokus utama Yayasan Maghfirahkerana kita dapati kebanyakan masalah sosial lahir daripada komuniti yang mendiami kos perumahan rendah.

IKLAN

“Menjadi tanggungjawab bersama untuk kita sebagai masyarakat yang prihatin membantu mereka memperbaiki taraf kehidupan dan pendidikan golongan miskin bandar,” katanya.

“Siapa Lagi Yang Nak Bantu Untuk Hebahkan Kalau Bukan Selebriti,” – Hafiz Hamidun “Siapa Lagi Yang Nak Bantu Untuk Hebahkan Kalau Bukan Selebriti,” – Hafiz Hamidun

Dalam pada itu, Aulia menambah, program agihan yang berlangsung bakal menjadi penggerak kepada program agihan seterusnya, selain program berbuka puasa bersama para asnaf.

Menerusi program Mega Agihan Ramadan kali ini, sebanyak 300 kotak pek Ramadan dan Syawal bernilai RM18,000 akan diserahkan untuk setiap PPR, dengan 5,000 kotak bakal diedarkan sepanjang bulan.

“Duit raya sebanyak RM50 juga turut disertakan dalam setiap pek Syawal. Ia termasuk 6,000 pek iftar yang juga telah diagihkan bermula 1 Ramadan lalu dengan sasaran 35,000 penerima manfaat.

Sasaran penerima program termasuklah keluarga fakir miskin, keluarga ibu tunggal, golongan orang kelainan upaya (OKU), warga emas, asnaf, rumah perlindungan anak yatim dan rumah perlindungan pesakit HIV.