“Setiap Kali Ramadan, Arwahlah Yang Akan Kejut Sahur,” – Ziarah Pusara Ibu, Tangisan Radin Era Bikin Ramai Sebak

Pengacara dan penyampai radio, Radin Era tidak dapat menahan rasa sebak sewaktu menziarahi pusara ibunya, Allahyarham Feridah Hashim pada Ahad.

Jelas Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy, kepulangannya ke kampung halaman pada kali ini disifatkan amat berbeza kerana dia tidak berpeluang lagi untuk merasai air tangan ibunya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RAA (@radin_era)

“Kalau dulu selepas pemergian arwah ayah since 2010, arwah mama lah tempat aku berpaut, bergantung, berharap waima apa masalah sekalipun.

“Tak pernah sekali pun keluar dari ucapan arwah penat, jemu dan letih bila dengar keluhan aku selama ini. Satu-satunya wanita yang boleh terima buruk baik aku..

“Setiap kali balik kampung, arwah wajib akan masak lauk favourite aku walaupun arwah tak larat.. Cukuplah sekadar nasi panas berlauk kan ikan masin. Yang penting air tangan.

IKLAN

“Setiap bulan bila gaji masuk, arwahlah orang pertama aku akan kongsi rezeki. Paling penting, duit ubat arwah. Setiap hari akan call/FaceTime even borak pasal pokok bunga,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Media Hiburan Throwback itu menerusi ruangan Instagram miliknya.

“Setiap Kali Ramadan, Arwahlah Yang Akan Kejut Sahur,” – Ziarah Pusara Ibu, Tangisan Radin Era Bikin Ramai Sebak “Setiap Kali Ramadan, Arwahlah Yang Akan Kejut Sahur,” – Ziarah Pusara Ibu, Tangisan Radin Era Bikin Ramai Sebak

Dalam pada itu, Radin turut mengimbau kembali momen-momen ketika menyambut Radan sewaktu ibunya masih lagi ada di sisi.

“Setiap kali masuk Ramadan, arwah lah yang akan kejutkan sahur, ingatkan pasal mengaji, tanyakan berbuka apa harini. Remind kan pasal terawih dan bayar zakat. Tahun ni, esok dah masuk Ramadan, aku Rindu arwah sangat-sangat..

“Anak mana yang tak rindukan bidadari yang bawak aku ke dunia. 18/2/2021 adalah hari paling sedih seumur hidup selama ini. Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa. Rindu hati ni Allah je tempat aku bergantung harap.

“Ya Allah Ya Tuhan, masukkan ibu bapa ku ke dalam syurga tanpa dihisab.. Halalkan mereka untuk mencium syurga mu, haramkan mereka daripada dijilat api neraka jahanammu Ya Allah.

“Damailah mama, disana. Dari seorang anak yang sentiasa merindui Mama..
Salam Ramadan, al-fatihah Mama,” katanya lagi.

IKLAN

“Setiap Kali Ramadan, Arwahlah Yang Akan Kejut Sahur,” – Ziarah Pusara Ibu, Tangisan Radin Era Bikin Ramai Sebak “Setiap Kali Ramadan, Arwahlah Yang Akan Kejut Sahur,” – Ziarah Pusara Ibu, Tangisan Radin Era Bikin Ramai Sebak

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Setiap Kali Ramadan, Arwahlah Yang Akan Kejut Sahur,” – Ziarah Pusara Ibu, Tangisan Radin Era Bikin Ramai Sebak “Setiap Kali Ramadan, Arwahlah Yang Akan Kejut Sahur,” – Ziarah Pusara Ibu, Tangisan Radin Era Bikin Ramai Sebak “Setiap Kali Ramadan, Arwahlah Yang Akan Kejut Sahur,” – Ziarah Pusara Ibu, Tangisan Radin Era Bikin Ramai Sebak

Sekadar info, sebelum menziarahi pusara ibunya, Radin telah pun menjalani sesi pengambaran untuk sebuah program tv di sebuah tempat peranginan di negeri Perak.