“Sepanjang Karier Saya Tak Pernah ‘Request’ Nak Dukung Heroin,” – Zul Ariffin

“Saya kena tegaskan, sepanjang karier saya tak pernah ‘request’ nak dukung heroin (dalam lakonan). Semuanya daripada skrip atau pun arahan.”

Demikian kata pelakon terkenal, Zul Ariffin yang mengakui babak yang dilakonkan menerusi mana-mana naskhah tidak lebih sekadar tuntutan kerja.

Zul, 36, berkata, situasi dikritik atau disalah tafsir segelintir pihak susulan babak tertentu sudah pun dilaluinya sebelum ini.

“Saya datang set penggambaran, salam heroin pun tidak. Tapi sekarang ini saya dibahanlah (dikritik). Kalau Zul saja mesti ‘dukung… dukung’.

“Bukanlah dikatakan sebagai mangsa, tetapi itu ‘permainan’ industri. Saya boleh ‘bermain’ mengenai perkara itu, saya tak kisah. Tetapi mampukah pelakon lain ‘bermain’ benda yang sama.

IKLAN

“Sampai berapa lama nak begitu, bolehkah mereka bertahan. Macam contoh apa yang pernah terjadi pada saya beberapa bulan lepas mengenai satu video tular.

“Video berkenaan belum pun lagi ditayangkan di televisyen, hanya di sosial media saya dan sudah dipadam. Tapi ada drama lain yang sudah disunting dan ditayangkan dah pun (babak dukung). Ia lepas.

“Kalau macam tu, boleh cakaplah ‘diaorang pun boleh cakap untuk tolak, tapi pilih sedap.’ Kenapa cakap begitu pada saya saja.

“Jadi bila ada yang bercakap sedemikian, saya diam sahajalah. Sebab saya jenis yang hormat pelakon lain. Malah orang cakap teruk pada saya pun, saya boleh hormat pada orang lagi,” katanya.

Hampir 15 tahun dalam industri seni, Zul turut mendedahkan dia kini mahu fokus di layar perak berbanding drama.

“Saya ambil keputusan untuk tidak terlalu aktif berlakon drama sebab ada ketikanya mereka yang berada di set tidak begitu serius. Meski tidak semua begitu tetapi ia berlaku.

IKLAN

“Jadi bila saya tengok ‘permainan’ begitu, saya tidak mahu salahkan siapa-siapalah. Jadi saya rasa macam…tak bolehlah. Dah lama dah ‘main game’ ni. Undur diri sekejaplah.

“Apa pun saya bersyukur kerana masih lagi dapat tawaran lakonan selain beberapa projek lain. Saya pun sudah berusia 36 tahun, sudah berlakon bertahun-tahun.

“Sekurang-kurangnya saya saya bertuah kerana ada platform lain yang saya boleh pilih iaitu untuk ke arah filem, naskhah premium dan sebagainya,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.