Selepas pelbagai spekulasi yang mengaitkan dirinya apabila dikatakan berselisih faham dengan teman baik, Datin Seri Umie Aida sejak beberapa hari lalu, Erra Fazira telah tampil memohon maaf, sekali gus berharap isu antara mereka selesai.

Pelakon berusia 45 tahun itu membuat permohonan maaf menerusi Instagram, tengah hari tadi.

Selain mengakui khilaf, penyanyi Jendela Hati itu pada masa sama turut memohon perbalahan antara mereka tidak lagi berpanjangan.

View this post on Instagram

Pencerahan dari pihak saya..

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Posting tersebut telah pun disekat akses untuk meninggalkan komen. Bagaimanapun menerusi posting terkininya, bintang terkenal itu ada berkongsi sebab dia berbuat demikian.

“Maaf ya semua, post saya buat masa ini, ruangan comment saya off dulu untuk mencari ruang bertenang bagi mengelakkan perbincangan yg mengundang perbalahan.

“Maaf ya.. terima kasih,” tulis Erra pada entri promo drama Gerak Khas yang bakal bersiaran malam ini jam 8.30 malam di TV2.

Sebelum ini, ‘perang dingin’ antara dua nama terkenal dunia lakonan itu tercetus apabila Umie ada memuat naik luahan hatinya apabila mendakwa, dikhianati sahabat baik.

Meskipun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan, pelbagai pihak membuat telahan sendiri, membayangkan ia ditujukan buat Erra.

Hal tersebut diperkuatkan lagi apabila masing-masing tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Foto: Instagram Erra Fazira

 

Apa Kata Anda