Tanggal 9 November lalu menjadi saksi indah penyatuan dua jiwa, pelakon Nadia Brian dan suaminya, Mu’izz Nasruddin yang  telah disatukan sebagai suami isteri. 

Terdahulu ketika majilis nikah yang dihadiri keluarga terdekat itu menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh.

Sementara pengantin perempauan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan wang hantaran RM50,000.

Dalam pada itu, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi turut berkongsi ‘pre wedding videoshoot’ dan keduanya saling bermadah manis dengan ayat-ayat romantis. 

“Buat Mui’zz ku, pernah sekali ku menolak lamaran mu, Maafkan aku jika perbuatan ku menguris hatimu, Mungkin pada waktu itu, ku fikir kita tidak serasi.

“Tetapi selepas kita bertemu kembali, Hati ku dapat merasakan bahwa kau yang terbaik buatku.

“Ikhlas cinta mu padaku tidak pernah berkurangan, Dan kau sentiasa mengagumi ku dengan ucapan hatimu yang lemah lembut.

“Semua kehendak ku, semua impian yang pernah aku impikan, Kau sentiasa di sisi ku untuk membimbing ku, Untuk memegang erat tangan ku dalam perjalanan ini.

“Untuk membawa ku lebih jauh dalam lumrah kehidupan. Senyuman mu membuat hari ku lebih sempurna, Dan bayangan mu membawa ku keluar dari hari gelap ku, Membawa ku terbang ke awan tertinggi,” maklumnya.

Malah, aktres cantik berusia 28 tahun ini turut berterima kasih kepada suami tercinta kerana memilihnya sebagai pasangan hidup. 

“Terima kasih sayang, Kerana memilih ku sebagai kekasih seumur hidup mu, Juga atas kejujuran dan keikhlasan hati mu.

Akan kita bina mahligai cinta yang terindah, Dimana kita akan tinggal selamanya, Hanya kita berdua.

“Demi kisah cinta kita,” akhirinya dengan penutup video yang cukup romantis.

View this post on Instagram

Buat Mui’zz ku, Pernah sekali ku menolak lamaran mu, Maafkan aku jika perbuatan ku menguris hatimu, Mungkin pada waktu itu, ku fikir kita tidak serasi, Tetapi selepas kita bertemu kembali, Hati ku dapat merasakan bahwa kau yang terbaik buatku. Ikhlas cinta mu padaku tidak pernah berkurangan, Dan kau sentiasa mengagumi ku dengan ucapan hatimu yang lemah lembut. Semua kehendak ku, semua impian yang pernah aku impikan, Kau sentiasa di sisi ku untuk membimbing ku, Untuk memegang erat tangan ku dalam perjalanan ini, Untuk membawa ku lebih jauh dalam lumrah kehidupan. Senyuman mu membuat hari ku lebih sempurna, Dan bayangan mu membawa ku keluar dari hari gelap ku, Membawa ku terbang ke awan tertinggi. Terima kasih sayang, Kerana memilih ku sebagai kekasih seumur hidup mu, Juga atas kejujuran dan keikhlasan hati mu. Akan kita bina mahligai cinta yang terindah, Dimana kita akan tinggal selamanya, Hanya kita berdua, Demi kisah cinta kita. #muizzxnadiab

A post shared by Nadia B 🍒 (@nadia.brian) on

Pasangan ini juga telah mengadakan majlis resepsi di Star Avenue Subang pada Sabtu.


Sekadar imbasan, Nadia dan Muizz melamar Nadia di kota Paris bersaksikan Menara Eiffel seterusnya mengikat tali pertunangan pada 4 Mei lalu. 

Video : Instagram Nadia Brian, Instagram Rakan/Ahli Keluarga Terlibat