“Nak Glamour Cepat?, Buat Je Benda Bodoh…,” – Berlakon Tanpa Ilmu & Hanya Kejar Popular, Michael Ang Selar Siapa?

Penerbit dan pengarah, Michael Ang berang dengan sikap segelintir pihak yang hanya ingin menjadi peluang berlakon sebagai platform untuk mengejar populariti semata-mata.

Menurut Michael, sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri didalam dunia lakonan haruslah mempunyai bakat dan mempersiapkan diri dengan ilmu agar tidak menyusahkan orang lain di kemudian hari.

“Nak Glamour Cepat?, Buat Je Benda Bodoh…,” – Berlakon Tanpa Ilmu & Hanya Kejar Popular, Michael Ang Selar Siapa? “Nak Glamour Cepat?, Buat Je Benda Bodoh…,” – Berlakon Tanpa Ilmu & Hanya Kejar Popular, Michael Ang Selar Siapa?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Pening dan fed up. Semua nak jadi pelakon. Mari sini aku bagitahu sikit, jadi pelakon itu bukan untuk glamour sahaja ya. Kena ada bakat dan ilmu berlakon.

“Bukan masuk set, satu benda pun tak tahu. Akhirnya aku kena berlakon untuk untuk kamu tiru. Macam tu baik kau bayar aku, bukan aku bayar kau,” tulis.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah drama Setelah Lafaznya Akad 2 itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

IKLAN

“Nak Glamour Cepat?, Buat Je Benda Bodoh…,” – Berlakon Tanpa Ilmu & Hanya Kejar Popular, Michael Ang Selar Siapa? “Nak Glamour Cepat?, Buat Je Benda Bodoh…,” – Berlakon Tanpa Ilmu & Hanya Kejar Popular, Michael Ang Selar Siapa?

Katanya lagi, apalah guna para pelakon menerima bayaran yang tinggi tetapi masih lagi harus diberikan tunjuk ajar untuk setiap watak yang dilakukan.

Michael turut menambah, sekiranya terdesak untuk meraih populariti, mereka tidak sepatutnya terjun di dalam bidang lakonan.

“Kalau nak glamour cepat dan tak menyusahkan orang, buat sahaja benda bodoh-bodoh dekat Tik Tok. Buat sendiri atau post sahaja gambar sendiri yang tak senonoh. Kan tak menyusahkan orang.

“Jangan buang masa dan menyusahkan orang. Jangan ingat muka cantik dan handsome followers banyak nak demand harga tinggi sedangkan talent langsung tak ada,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar teguran tersebut dapat membuka mata semua pihak di luar sana.

IKLAN

“Nak Glamour Cepat?, Buat Je Benda Bodoh…,” – Berlakon Tanpa Ilmu & Hanya Kejar Popular, Michael Ang Selar Siapa? “Nak Glamour Cepat?, Buat Je Benda Bodoh…,” – Berlakon Tanpa Ilmu & Hanya Kejar Popular, Michael Ang Selar Siapa?

Dalam perkembangan lain, drama terbaru arahan Michael yang berjudul The Maid 2 kini sedang ditayangkan pada setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Ria.

The Maid 2 menampil barisan-barisan pelakon hebat tanah air seperti Eina Azman, Sherry Al-Hadad, Ieda Moin dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang