Mesranya! Teman Rapat Sajat Luang Masa Dengan Anak-Anak, Ajar Menulis & Membaca 

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila ramai yang bercakap mengenai teman baru usahawan sensasi, Nur Sajat yang dikenali sebagai Jad Issa.

Malah, mereka kini semakin akrab dan sering memuat naik foto bersama.

Terbaru, Jad yang pernah bergelar finalis Mr.Lebanon 2019 turut meluangkan bersama anak penyanyi Makhluk Penggoda itu, Syaza dan Syahmi.

Menerusi video yang dikongsikan usahawan di Instagramnya itu, Jadd turut mengajar kanak-kanak itu membaca dan menulis.

IKLAN

Mesranya! Teman Rapat Sajat Luang Masa Dengan Anak-Anak, Ajar Menulis & Membaca  Mesranya! Teman Rapat Sajat Luang Masa Dengan Anak-Anak, Ajar Menulis & Membaca  Mesranya! Teman Rapat Sajat Luang Masa Dengan Anak-Anak, Ajar Menulis & Membaca 

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 200,000 tontonan.

Menjengah ke Instagram Jad yang mempunyai lebih 50,000 pengikut, jejaka tersebut turut berkongsi foto bersama usahawan berkenaan.

Difahamkan, lelaki berkenaan sudah pun pulang ke tanah airnya selepas mengisi masa selama beberapa hari di negara ini.

IKLAN

Foto: Instagram Nur Sajat, Jad Isa