Pelakon Lisdawati berkongsi berita gembira apabila anak ketiganya, Ahmad Nur Fyrdaus menyambut ulang tahun kelahiran ke-5 tahun hari ini.

Perkara itu dikongsikan Lisda di laman Instagram miliknya.

“Mama sayang sampai syurga. Semoga anak mama membesar jadi anak yg baik budi pekerti dan tingkah laku. Beriman dan jadi anak yg soleh.

“Anak bertuah mama dan babah , saat mengandung dan melahirkanmu sgt mencabar dan menguji keimanan. Hanya Allah swt yg tahu.

“Ujian mengajar kita erti dewasa dan alhamdulillah mama babah semakin faham erti sebuah pengorbanan , tolak ansur dan kesetiaan .

“Kehadiranmu mengikat kuat kasih sayang kita sekeluarga . Syukur Alhamdulillah . @fyrdaus6 ,” tulisnya.

Kek bertemakan Spiderman itu melihatkan Fyrdaus gembira meraikan hari jadi bersama kawan-kawannya.

Terdahulu, Lisda dan suami, Fauzi Nawawi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan empt orang cahaya mata, Nor Aini Farhana, Nor Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Muhammad Fazreez Hazwan.

Foto: IG Lisdawati