Selain keluarga, sahabat juga memberikan peranan besar dalam kehidupan apabila kita menghadapi sesuatu dugaan dalam kehidupan.

Pelakon Abby Abadi misalnya ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya, lengkap dengan kapsyen khsusus buat Erra Fazira.

Ini perkongsian yang didedikasikan Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan itu;

“Kita sayang Kak @errafazira kita Dulu, kini & selamanya ALLAH UJI SEBAB SAYANG.

“Bahagian Saya lain Bahagian Akak lain pula Tapi kena terus kuat k Kakakku

“Ujian itu tanda ALLAH sayang Sebab tu DIA bagi perhatian pada kita DIA nak kita makin dekat dgn DIA.

“Menangislah semahu2nya Tapi jangan putus asa dengan rahmatNYA

“ALLAH sebut dalam ALQURAN Setiap kesusahan Pasti ada kemudahan Yakin dgn janjiNYA ok kakakku Yg cantik lawa manis selalu I love U Lillahi Taala Muahhhhhhh selamanya.

“Ps: Jom dating kakak. Nak pelukkk ketat2 hehe.. @salinasaibi @sheeraiskandar@normanhakim_786 jom sekali”tulisnya.

Di samping itu, peminat kepada bintang filem Gerak Khas itu turut menitipkan kata-kata semangat buat mereka.

Diharapakan persahabatan Abby dan Erra berkekalan hingga ke akhir hayat.

Foto : Instagram Abby Abadi

Apa Kata Anda