“Bila Rasa Nak Bawa Kereta, Saya Overthinking,” – Ikmal Amry ‘Update’ Perasaan Selepas Kemalangan

Pelakon Ikmal Amry mendedahkan dia masih lagi trauma untuk memandu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, awal September lalu.

Menurut Ikmal atau nama sebenar, Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, buat masa ini dia memilih untuk berada di bahagian penumpang sambil dipandu pembantu peribadi.

“Buat masa ini, saya memang tak berani nak memandu sendiri. Kemana-mana saya pergi memang pembantu peribadi akan tolong hantarkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

“Bila rasa nak bawa kereta, saya akan overthinking. Bila saya jalan kaki pun, saya rasa takut dan akan fikir bukan-bukan.

“Sebelum ini saya pernah kemalangan sendiri, tapi mungkin kali ini dengan anak kecil dan isteri, jadi perasaan risau dan trauma itu masih kuat dan terbawa-bawa sampai sekarang.

IKLAN

“Lepas kemalangan, saya jadi macam anxiety bila berjumpa dengan orang ramai. Memang perkara itu sampai sekarang menganggu dan menghantui saya dan isteri sebab kami masih teringat-ingat apa yang terjadi,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Terdahulu, Ikmal dan isterinya Najla Shamsul serta anak perempuan mereka, Cailie yang berusia sembilan bulan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada petang 3 September lalu di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Melaka.

Dalam kemalangan tersebut, kereta dipandu Ikmal berpusing sebelum terbalik.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana mereka sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Bekas peserta Hero Remaja 2017 itu juga menambah, walaupun keretanya mengalami kerosakan teruk namun dia cuba berusaha untuk memperbaikinya meski bakal menelan belanja yang agak tinggi.

IKLAN

“Kereta memang total loss tetapi saya usahakan juga untuk baiki sebab itu adalah kereta pertama saya… saya cuba untuk selamatkan.

“Kos baik pulih dalam anggaran RM75,000 juga guna insurans,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Ikmal Amry