Ustaz Ebit Lew bakal menjawab segala persoalan dan kontroversi yang didakwa membabitkan dirinya tengahari ini apabila penceramah bebas itu membuat keputusan untuk melakukan satu siaran langsung khas.

Menurut Ebit, sesi tersebut bakal dilakukan pada jam 12 tengah hari Khamis, yang akan menjawab semua fitnah melampau dan langsung tak berasas mengenai dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Doakan yer esok pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya.

“Saya bersyukur pada Allah kerana dia Maha Baik dan Maha Besar. Saya cuma orang biasa dan pendosa. Syukur direzekikan dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini. Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram, pada Rabu.

IKLAN

Ebit pada masa sama turut mendedahkan, semenjak keberadaannya di Mesit, fitnah dan kata sinis terus terjadi kepada dirinya.

“Tapi semenjak di Mesir fitnah dan kata sinis terus menimpa saya. Dari dulu lagi saya dah biasa difitnah dan dikata begini. Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini.

IKLAN

“Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis, isteri kepada team saya menangis. Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian.

“Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah.

IKLAN

“Saya Redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya. Ini tentang saya, keluarga dan team saya… Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih.

“Saya berdoa dan serahkan semuanya pada Allah..,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Terdahulu, Ebit Lew telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur petang Rabu mengenai hal berkaitan.