Penyanyi, Shila Amzah dilihat kian harmoni dan berbahagia bersama suami lebih-lebih lagi selepas bergelar ibu pada 31 Ogos lalu.

Baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Tiada Dirimu ini ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut, penyanyi berusia 29 tahun itu ada meluahkan rasa syukur kerana atas perkahwinan yang dibina.

Perkongsian tersebut dibuat bersempena dengan #happynationalboyfriendday selepas dilihatnya di laman sosial.

“#happynationalboyfriendday I saw this hashtag on twitter and I’m like “why not”

“I’m so lucky and blessed to be married to my “ex boyfriend” sebab sekarang dah jadi husband.

“This photo feels like a million years ago.. Pre-Seth of course.

“Rindu nak dating, Dan berjalan over 20000 steps(bukan dekat Malaysia) dengan segigih hati, demi cinta.. Haha agitew #nationalboyfriendday,” tulisnya.

Melihat diruangan komen entri tersebut, peminat mendoakan agar mahligai cinta yang dibina pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.

Selepas itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais, pada 31 Ogos yang lalu.

Foto: Instagram Shila Amzah