Erra Fazira Tegur Pelakon Baru, Pengalaman Ada Mungkin Kurang – “Kalau Awak Kayu, Saya Pun Nampak Tak Elok, Jadi Satu Kerja Pula…”

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui sedikit terkilan dengan sikap segelinitir pendatang baru di dalam industri seni yang disifatkan seperti tiada usaha dalam memperbaiki mutu lakonan.

Jelas Erra, ada kalanya dia terpaksa memberikan tunjuk ajar kepada para pelakon baru ketika menjalani proses pengambaran bagi memastikan mutu lakonan yang mantap.

Erra Fazira Tegur Pelakon Baru, Pengalaman Ada Mungkin Kurang – “Kalau Awak Kayu, Saya Pun Nampak Tak Elok, Jadi Satu Kerja Pula…” Erra Fazira Tegur Pelakon Baru, Pengalaman Ada Mungkin Kurang – “Kalau Awak Kayu, Saya Pun Nampak Tak Elok, Jadi Satu Kerja Pula…”

“Sejujurnya kadang-kadang saya pun tak tahu pelakon baru yang digandingkan dengan saya itu Instafamous atau tidak. Mungkin saya tidak berapa tahu.

“Saya pernah berlakon mungkin dengan pelakon-pelakon baru yang kaku atau lebih mudah orang kata kayu. Pengalaman mungkin ada cuma kurang.

“Saya sedikit kecewa kerana mereka tiada usaha untuk memperbaiki diri. Bila anda beraksi dengan saya, tanggungjawab saya pula nak pastikan lakonan mereka okay sebab kita bergandingan.

IKLAN

“Kalau awak kayu saya pun nampak tak elok. Jadi satu kerja pula nak mengangkat mereka untuk menghidupkan sesebuah babak itu,” katanya kepada MH.

Erra Fazira Tegur Pelakon Baru, Pengalaman Ada Mungkin Kurang – “Kalau Awak Kayu, Saya Pun Nampak Tak Elok, Jadi Satu Kerja Pula…” Erra Fazira Tegur Pelakon Baru, Pengalaman Ada Mungkin Kurang – “Kalau Awak Kayu, Saya Pun Nampak Tak Elok, Jadi Satu Kerja Pula…”

Dalam pada itu, Era turut berpendapat setiap pihak harus memainkan peranan agar masalah seperti ini dapat dielakkan.

“Perkara ini nak salahkan satu pihak je tak boleh. Semua pihak kena main peranan. Kalau pengarah dah tahu pelakon itu kayu, dia kena tahu cara untuk mengatasi.

“Producer pula kena fikirkan betul-betul keputusan mereka dalam pemilihan pelakon.

“Memang betul kita kena bagi peluang dekat pelakon-pelakon baru. Boleh sahaja tapi janganlah mulakan mereka sebagai pelakon utama. Watak sampingan pun dah okay supaya dia ada pengalaman,” katanya lagi.

Erra Fazira Tegur Pelakon Baru, Pengalaman Ada Mungkin Kurang – “Kalau Awak Kayu, Saya Pun Nampak Tak Elok, Jadi Satu Kerja Pula…” Erra Fazira Tegur Pelakon Baru, Pengalaman Ada Mungkin Kurang – “Kalau Awak Kayu, Saya Pun Nampak Tak Elok, Jadi Satu Kerja Pula…”

Pada masa sama, pelakon filem 7 Perhentian ini turut merasakan sikap ambil lewa pelakon baru itu sendiri ada kalanya membuatkan mereka tidak berganjak di takuk yang lama.

IKLAN

“Pelakon baru ni pula ada dua jenis sikap nak bertanya dan tak nak bertanya.

“Kadang-kadang saya rasa kesian sebab mereka dah rasa selesa. Mungkin mereka rasa begitu sebab mereka dipanggil bukan kerana rela hati.

“Kalau ada perangai macam tu saya rasa tak lama la dia dalam industri. Lebih baik kita yang dalam keluarga produksi ni tegur daripada orang luar atau netizen yang tegur,” jelasnya.

Foto: Instagram Erra Fazira