Penceramah dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman turut sama sedih dengan berita pengunduran Issey Fazlisham selaku penyampai di stesen radio Suria FM, baru-baru ini.

Menurut PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man, Issey disifatkan sebagai seorang penyampai yang bijak menyusun kata-kata malah jenakanya juga berjaya mencuit hati ramai pihak.

“Cik Man join SURIA FM sama tahun dengan Issey. Pejam celik pejam celik, dah 3 tahun berlalu.

“Issey ialah seorang yang cantik menyusun kata-katanya untuk memberi sesuatu info sehingga aku berusaha menjadi pendengar yang baik dan fokus, tapi akhirnya menjadi fake hope dengan letusan ketawa sebab punchlinenya,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Petaka itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Cik Man turut mendedahkan Issey sebagai sahabat yang baik yang selalu menjadi penyeri di dalam setiap suasana.

IKLAN

“Dia ialah seorang member yang baik. Dia ialah seorang penceria suasana. Selamat jalan @isseyfazlisham.

“Moga issey tenang di ALAM sana. Maksud cik man, puncak ALAM. Daerah dia tinggal sekarang,” selorohnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur membaca perkongsian tersebut selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Issey buat apa jua bidang yang diceburinya selepas ini.

“Selamat maju jaya Issey.

IKLAN

“Cik Man punya caption ni buat orang risau je.

“Semoga Allah permudahkan urusan Issey dan Cik Man.

“Caption Cik Man another level betul,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

IKLAN

Terdahulu, Cik Man merupakan panel bagi slot PU Azman Nak Cakap yang ke udara setiap pagi menerusi segmen Team Pagi Suria yang dikendalikan oleh Fizi Ali, Ajak Shiro dan Issey Fazlisham.

Sementara itu, Issey telah meninggalkan konti Suria FM selepas hampir tiga tahun berkhidmat di stesen radio berkenaan.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!