“Depa Dok Tanya, Kami Dah Tak Masak ka?,” – Ada Kata Makin Kurang Kongsi Video #taksempurnabyfashasandha, Ini Balas Fasha Sandha

Setiap apa aktiviti yang dilakukan selebriti, sudah pasti akan mendapat  mendapat perhatian peminat dan itulah yang mungkin dilalui aktres, Fasha Sandha.

Seperti sedia maklum, Fasha sinonim  berkongsi video masakan dalam menyediakan juadah buat seisi keluarga.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan bagaimanapun mendedahkan, ada pengguna media sosial yang bertanya video masakan dilihat kurang dimuat naik kebelakangan ini.

“Depa dok tanya, kami tak masak dah ka. Sejujurnya kami masak almost everyday tapi tak menyempat nak amik video.

“Dep dok DM mintak resepi, mintak kongsi idea nak masak, haihhh kami ni bukan la expert sangat dalam memasak ni hampaaa, sebab tu la nama hashtag kami #taksempurnabyfashasandha…

IKLAN

“Takpalah, memandangkan ramai sangat DM saya untuk mintak resepi Masak, kadang2 kami belanja la k…,” tulisnya.

Link posting

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, bintang drama bersiri Semua Salahku ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

IKLAN

Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.

Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.

“Depa Dok Tanya, Kami Dah Tak Masak ka?,” – Ada Kata Makin Kurang Kongsi Video #taksempurnabyfashasandha, Ini Balas Fasha Sandha “Depa Dok Tanya, Kami Dah Tak Masak ka?,” – Ada Kata Makin Kurang Kongsi Video #taksempurnabyfashasandha, Ini Balas Fasha Sandha

Foto: Instagram Fasha Sandha