Teka-teki terjawab apabila pengumuman Top 12 peserta Dewi Remaja 2019 diumumkan di majlis sidang media di The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.

Mempunyai karakter dan personaliti tersendiri, 12 peserta ini bakal melangkah ke peringkat seterusnya dan menghadapi beberapa cabaran untuk merangkul gelaran juara.

Tampil dengan gaya tema pakaian putih-hitam, masing-masing berkeyakinan cat-walk di khalayak ramai dengan mengukir senyuman manis.

Berikut adalah senarai nama yang terpilih.

1. Nina Amin, 23 tahun (Selangor)

2. Adrianna Fernandez Azmi ,19 tahun (Kuala Lumpur)

3. Tengku Shatirah Amanda Tengku Ahmad Badruddin, 19 tahun (Kelantan)

4. Yusmyra Natasha Abdulla, 24 tahun (Kuala Lumpur)

5. Nur Saidah Syahirah Kamarudin, 23 tahun (Selangor)

6. Aishah Azhan, 24 tahun (Selangor)

7. Nursyaza Azra, 19 tahun (Negeri Sembilan)

8. Sharlina Gilbert Mojinun, 23 tahun (Sabah)

9. Nurul Hanynaa Harizal, 23 tahun (Selangor)

10. Nur Nafissa Adriana Abdul Ghafar, 21 tahun (Johor)

11. Norsyamira Izzati Mohd Nazir, 22 tahun (Selangor)

12. Shaza Nuriman Mohamad Zamri, 24 tahun (Kuala Lumpur)

Terdahulu, lapan peserta tidak layak mara ke pusingan seterusnya seperti Farzana Zainul, Shahirah Sazali, Aina Shuhada, Nina Ariff, Clara James, Aini Sophi, Hidatul Hikmah dan Farha Nabila.

Sementara itu, Scha Al-Yahya dan Yusry Abd Halim menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap, manakala Amelia Henderson sebagai pengacara.

Pengumuman TOP 12 DEWI REMAJA 2019

Posted by Remaja on Tuesday, October 15, 2019

Foto : Instagram Remaja