“Bila Bujang Selalu Fikir Ada Anak Menyusahkan…,” – Talita Dah Sebulan, Raja Ilya Syukur Nikmat Jadi Ibu

Pelakon Raja Ilya berkongsi pandangan skeptikal sebelum ini bahawa memiliki cahaya mata hanya akan  mengganggu rutin harian.

Bagaimanapun, pandangan tersebut mulai berubah apabila sudah bergelar ibu, seterusnya menikmati sendiri pengalaman membesarkan anak.

“Bila bujang selalu fikir ada anak ni menyusahkan, susah kan hidup sendiri, susah kan badan nak mengandung, nak kene jaga figure, nanti anak buat hal bikin sakit kepala, bila bayi suka menangis tak tentu pasal and kacau tido and so on.

“Tapi bila dah ada anak baru rasa semua tu salah, how joyful they are. Walaupun 10 kali bangun tengah malam, badan letih, perut boroi, rutin hidup tak sama dah tapi something about having a child, semua rasa macam ‘it’s okay,I’m fine’,” tulisnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

IKLAN

Ilyah atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad turut berkongsi perkembangan terkini anak sulung, Talita Love.

“Now dia tengah go through period PURPLE CRYING, and for those mothers you guys know how it’s feel kan. But stil I feel “it’s okay,I’m fine”.

“She such a delightful baby and I’m blessed to have her and thank you baby @talitalovegarrett for coming into our life and adding more lights and laughter. We love you,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Terdahulu bintang filem KL Vampire itu selamat melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan di Hospital King Edward, Perth, pada 1 Julai lalu.

Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018.

IKLAN

Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/lKzn6GUIO-8