“Alhamdulillah, Diberi Kehidupan Yang Baik…” – Genap 27 Tahun, Elfira Loy Harap Sentiasa Jadi Wanita Solehah

Pelakon yang kini sudah genap mencecah usia 27 tahun, Elfira Loy meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan kehidupan yang baik dan selesa oleh Yang Maha Esa.

Menerusi entri yang dikongsi oleh Elfira melalui akaun Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata ini berharap agar dirinya kekal istiqomah menjadi seorang wanita yang solehah.

“twenty-seven this year  Alhamdulillah, diberi kehidupan yang baik , yang selesa dan cukup sepanjang hayat yang diberi oleh Allah azza wa jalla.

“Semoga Nurul Elfira Loy istiqomah ingin menjadi wanita solehah sentiasa,” tulisya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

 

Pada masa yang sama, Elfira turut memuat naik beberapa keping foto ketika meraikan majlis hari jadi bersama keluarganya.

“Alhamdulillah, Diberi Kehidupan Yang Baik…” – Genap 27 Tahun, Elfira Loy Harap Sentiasa Jadi Wanita Solehah “Alhamdulillah, Diberi Kehidupan Yang Baik…” – Genap 27 Tahun, Elfira Loy Harap Sentiasa Jadi Wanita Solehah

IKLAN

Sekadar informasi, Elfira telah dilahirkan pada tanggal 8 Mac 1994 di Kuala Lumpur.

Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.

Foto: Instagram Elfira Loy