Pencetus Ummah (PU) Amin meluahkan rasa syukur kerana diberikan kesihatan dan usia yang panjang dari Yang Maha Esa.

Kongsinya, hari ini genaplah usianya yang ke-29 tahun.

Malah, pemilik nama penuh Mohamad Amirul Amin Maula itu juga memuat naik foto ketika usianya lapan bulan.

“11 / 11 / 1990. Alhamdulillah atas nikmat umur ini . Genap 29 tahun berada di alam dunia. Esok di akhirat Allah tanya tentang bakti dan amalan pada umur yang diberi.

“Entah berapa tahun lagi yang berbaki dalam hidup ini. Terima kasih atas doa kalian , terus doakan saya , agar mati dalam kerja dakwah , hidup mulia dan mati syahid.

“Moga doa yang baik baik itu akan Allah kembalikan juga pada kalian.

“Gambar ni masa saya umur 8 bulan . Telinga masih maintain capang . Orang telinga capang ni suka tak nak dengar cakap kadang kadang degil sikit. Selamat Hari Jadi Amirul Amin , 29” , tulisnya.


Menerusi ruangan komen, rata-rata turut menitip ucapan buat Amin.

 Foto : Instagram PU Amin